Thursday, February 10, 2011

PEMBUKAAN

Bermula tahun 2011, kursus pendek yang biasa diadakan di kolej komuniti di seleluruh malaysia akan dikenali dengan nama Program Latihan 1 Malaysia.

Bagi program ini kursus-kursus yang akan diadakan lebih memberi penekanan dalam menyediakan kursus-kursus BAHASA dan MUZIK. Namun begitu, kursus-kursus KEMAHIRAN juga masih ditawarkan.

Bagi setiap pakej kursus BAHASA dan MUZIK yuran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM10. Setiap pakej akan berlangsung selama 32 jam sepanjang 2 bulan. Setiap sesi akan berlansung selama 2 jam dan akan diadakan 2 sesi dalam satu minggu.

Bagi kursus KEMAHIRAN pula, yuran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM1 bagi setiap jam.

Berikut adalah kursus-kursus yang ditawarkan di KK Klang.

BAHASA
1. Inggeris
2. Mandarin
3. Tamil
4. Arab
5. Melayu

MUZIK
1. Moden - Gitar
2. Tradisional - Kompang
3. Tarian dan Nyanyian

KEMAHIRAN
1. Jahitan
    - Asas Jahitan Pakaian Tradisional
    - Jahitan Langsir
    - Jahitan Manik

2. Masakan
    - Pembuatan Cupcake
    - Pembuatan Tartlets
    - Pembuatan Cheese Cake
    - Masakan Sejukbeku
    - Masakan Barat

3. Komputer dan Teknologi Maklumat
    - Microsoft Office - Word, Excel, Power Point
    - Pengenalan Internet
    - Pemasangan Komputer
    - Asas Rangkaian
    - Adobe Photoshop

4. Kecantikan dan Dandanan
    - Kursus Penjagaag Kulit & Asas Solekan
    - Kursus Solekan Pengantin
    - Cara Pemakaian & Tatarias Tudung

Selain daripada kursus-kursus yang ditawarkan oleh kami, kami juga boleh menjalankan sebarang kursus atas permintaan peserta.
 
Anda semua dijemput untuk menyertai kursus-kursus yang kami adakan.